Voting

Friday, January 10, 2014

Dedicated Specially to Nenek

Lama sangat aku menyepi, this time, i just want to share my last moment with nenek... and until now sangat kekok aku nak sebut 'arwah' nenek.. 

Aku dari kecik memang manja yang terlampau ngan nenek, al maklum cucu perempuan pertama. Masa kecik aku memang selalu sangat tido dengan dia, sampai kekadang marah mak ngan ayah sbb jarang balik rumah.  Manja aku tu berlanjutan sampailah aku kawin. And ingat lagi sambil sambil nak tido tu kitorang berborak, dia kata dapat tengok aku kawin pun jadilah.. and sampai cicit dia dapat jumpa... Alhamdulillah

Nenek aku tu seorang yang amat ambil berat tentang makan minum anak cucunya. Dia akan masakkan lauk lauk kegemaran anak cucunya, and dia tak pernah pikir pasal diri dia sendiri even kalau dia sakit, masak makan minum anak cucu dia lah yang selalu dia pikirkan.. dia gagah kan jugak diri tu walaupun di saat dia tengah tak sihat. Banyak kali anak anak dia pesan jangan pikirkan sangat, memasing dah ada keluarga.. tapi sebab hati ibu yang kuat dia tetap gagahkan jugak.  Even aku pun selalu cakap dah la nek.. tau la diorang nak makan apa nanti.. nanti kalau jatuh sapa yang susah... but jawapan dia "kau dah ada anak cucu nanti tau la camana rasanya.. risau diorang nak makan apa nanti..." ni yang aku kalah ni.... Setiap minggu aku wajib datang rumah dia, kalau tak akan jadilah drama swasta menangis kata kenapa tak datang... terbayang bayang cicit cicit dia ni... haishh... 

Umur nenek dah cecah 83 tahun but still masih mampu memasak, mengemas, sidai baju, lipat baju dan macam macamla yang dia nak buat... kalah orang muda. Marah pun ada kadang kadang sebab degil... tapi bak kata nenek "kesian.. diorang semua keje.. balik keje dah penat..." aduhhh.... kalah lagi aku bila dia bagi jawapan camni...

Awal tahun 2013 nenek masih lagi sihat dan gagah jer buat keje keje rumah.. at one time bulan puasa lepas, tak silap Ramadan ke 3 dia jatuh dalam bilik.. makcik aku telefon aku kata nenek jatuh. Nenek kalau dia sakit pening nak pujuk dia pergi hospital memang ada masalah bila orang lain suruh memang dia taknak pergi... Makcik makcik aku dah  paham, tu yang dia telefon aku suruh pujuk nenek pergi Hospital. Pepagi tu aku bergegaslah gi umah nenek.. Tanya dia macamana dia boleh jatuh, katanya terlentang dalam bilik, check belakang kepala dia dah bengkak, tak nak lagi tu pergi hospital... aku cakap nek jom pergi, pujuk pujuk alhamdullillah dia nak. Paklong bawak nenek pergi hospital so admitted la dia kat sana. Syukur takda darah beku or wat so ever.  But since then kepala dia yang jatuh tu tak baik baik lagi sakitnya..... Dia tak boleh dah nak berjalan sensorang, kena papah la.  Masa sakit tu ada jugak la dia cuba puasa, but kitorang tak bagi sebabkan low blood dia.

Sakit nenek tu berlanjutan sampai la hari raya. So memang this raya kitorang xda la nak open house bagai... Anak Anak dia take turn jaga siang malam. Masuk minggu ke 2 raya, nenek dah sangat uzur. Tapi masih mampu dipapah ke toilet. Since dia memang taknak makan or minum, badan dah lemah, tekanan darah pun dah rendah.  

Masuk minggu ke 3 raya, kami sepakat untuk pakai kan nenek pampers sbb dia memang dah tak terdaya berjalan ke toilet.  So bila dia dah start pakai pampers, dia nak hanya orang yang dia pilih jer boleh tukarkan pampers or cuci najis dia... Alhamdullillah aku dapat buat semua tu... Nenek akan tunggu aku pagi untuk lap dan tukar cuci pampers dia... Balik keje belah petang pun aku akan datang dan tukarkan pampers dia... Ada dia mintak nak minum tebu panas, sempatla aku pergi beli nasib ada orang jual. Beriya iya dia minum segelas.  Puas hati aku...

2 September 2013
Pagi Isnin ni aku datang rumah nenek sbb hantar mak kat sana. Aku beli breakfas makan kat rumah dia, ajak dia makan, dia geleng kepala.. Dia perhati jer aku makan. Before pergi kerja tu, aku buatla rutin tukarkan baju dia, lap kan badan dia cuci dan tukar pampers nenek, ada najis sikit.  Selesai jer siap kan dia, aku cakap aku nak pergi keje dah... dia angguk jer... Syukur sebab nenek masih ada response setiap apa yang anak cucu dia cakap.

1:45pm
Lunch time aku jemput anak then singgah rumah nenek nak tengok dia, hati dah mula rasa tak sedap sebab nenek macam mengah. Cakap dengan mak, nenek macam semput sikit, dia kata agaknya penat tu... then call adik aku bgtau, dia kata nanti doktor datang rumah check. Lega sikit sebab bila aku cakap ngan nenek yang aku nak pergi kerja kejap.. balik keje singgah balik jumpa nenek... nanti doktor datang check nenek. Dia angguk.

Tepat pukul 5:30 hujan renyai renyai aku sampai rumah nenek, tengok anak anak aku dah nangis nangis, berlari aku masuk tengok dia.. dia dah nazak... nafas dah satu satu, mata dah tak berkelip... mungkin inilah masanya... syukur nenek masih tunggu aku sampai... Sempat aku pegang tangan nenek, mengucap kat telinga dia... Pak Uda lah yang pimpim nenek di saat saat sakratul maut... Alhamdulliah nenek dengar Pak Uda...Tepat jam 5.50 nenek hembuskan nafas terakhir bertemankan anak cucu cicitnya.. Syukur sangat sebab semua anak anak dan cucu cicit ada bersama... Sangat tenang dan senang pemergiannya...

Tepat jam 6:00 petang doctor yang sepatutnya datang untuk periksa nenek datang hanya untuk mengesahkan pemergiannya... Ya allah sungguh mudah urusannya...  

Disaat hidupnya hanya memikirkan anak cucu cicit.. begitulah saat akhirnya anak cucu cicit dapat bersama sama dan bermalam dengan jenazah sehingga dikebumikan esok pagi nya...

Semoga nenek aman di sana dan ditempatkan dengan orang orang beriman.... Al fatihah

~ Rindu sangat dengan nenek selamanya ~


Wednesday, June 26, 2013

takda tajuk

Lama betul aku menyepi... nak kata sibuk, tapi entah apa yang aku sibukkan pun tak tau... Tapi memangla takda masa nak hapdet apa dah jadi dan terjadi. 

Since then, Deara dah masuk 14+months sekarang. Macam macam ragam dah dia tunjuk since dia pun dah pandai jalan and dah pandai cakap sikit sikit like mama, papa, kakak, adik, baby, makan nasik, lapar, susu, sakit, jatuh... which all the basics words dia dah pandai sebut dengan terang. Alhamdullillah.. Cepat cakap minah kecik ni... dan kadang kadang dengan selamba panggil kakak dia Dina saja, and the 2nd sister dia panggil adik... adoiiii.. truly follow what ever mama papa panggil la... cepat betul dia simpan and keluarkan....  and alhamdullillah, im still bf her.

And after she is 1 year me baru dah jadi perempuan sejati balik 'red flag'... wah dah boleh dah nak plan tambah lagi ni... hahaha *modeseramsejuk*

Sekarang ni, nampak dah Dalea and Deara selalu jer carik pasal.. rebut barang.. esp ipad. when ever dalea main ipad, deara tetiba akan pergi kat kakak dia nak rampas ipad... Dalea pun sekarang suka jer nak carik kemarahan deara.. and tetiba aku akan dengar deara akan menangis jer la.  Jangan ingat anak perempuan kat rumah tu aman damai yer.. boleh naik darah tau tak! asik berebut barang jerr... padahal ada jer sorang satu... ni tak sorang kata dia pegang dulu, sorang kata dia punya, sorang kata nak pinjam kejap.. last last korang gaduhla.. mama buat pekak taknak masuk campur.. Pening mama ni tau! *notcomplaining* 

Enjoy while they are still with you... nanti bila masing masing dah besar.. we will miss all this moment kan! *pipi bergetar tahan airmata*








Friday, January 25, 2013

My big Baby is in Primary School

Nak jugak up story basi.. My big baby dah masuk standard 1.. Alhamdullillah she is at first class after buat peperiksaan saringan haritu... Dan akan bermulala episod mama nak berperang, bergoogle, ber research nak siapkan homework anak.. Dah lah Ada subject mandarin for dalea, Masai mama nak belajar.. Padan la muka mama, dolu dolu liat sangat nak belajar, sekarang rasain Lu!  Dina this year baju kuning, pengawas pusat sumber and she is wearing tudung to school this year.. Mama bila lagi tu... (*tutup muka*)

Pepagi memang bersilat papa mama, nak settlekan minum pagi, bekal, bubur deara, angkut beg sekolah anak-anak, kang kalau papa x angkut, confirm tertinggal.. Which diorg boleh jer masuk keta berlenggang, ko boleh??... So, papa nak mengelakkan mama meroyan pepagi, dia sanggup settlekan anak anak... Dalam keta, mama bagi deara BF.. kenyang dia sampai rumah nenek...

This year both sama sekolah, so senangla, hantar diorang then hantar baby deara rumah nenek dia... Seawal 7.30, semua dah settle.. So lepast tu, time papa mama dating for breakfast! Quality time for us...


briefing masa pendaftaran
banyak nyer buku..  
Oklah, that is all about anak and school, walaupun dah basi.. tapi still not too late la, sbb masih bulan 1 lagi... kihkihkih.

ciao!

Thursday, November 22, 2012

Coach Ashley Carryall yang Gorgeous

ada sesapa berminat nak beli ni tak.. 100% Authentic... Baru dan tak pernah pakai lagi... kalau nak pm aii ok... mizi_mai@yahoo.com

Friday, November 16, 2012

make over lagii..

last week adalah sesi make over my friend... sebenarnya adalah untuk online business dia... so just make up light light saja... shawl shawl dia sangat sweet.. so sesapa yang nak beli sila la like piecesbylinas kat pesbuk tu.. ha.. aii promote ni laling... :p


ni gambar dia sebelum di make up kan... sorry laling ..
ai promote

ayu jerrr... 

cantikk nyer tudung yang ni... telah diberi sebagai hadiah...
love  you!