Lama sangat aku menyepi, this time, i just want to share my last moment with nenek... and until now sangat kekok aku nak sebut 'arwah' nenek..
Aku dari kecik memang manja yang terlampau ngan nenek, al maklum cucu perempuan pertama. Masa kecik aku memang selalu sangat tido dengan dia, sampai kekadang marah mak ngan ayah sbb jarang balik rumah. Manja aku tu berlanjutan sampailah aku kawin. And ingat lagi sambil sambil nak tido tu kitorang berborak, dia kata dapat tengok aku kawin pun jadilah.. and sampai cicit dia dapat jumpa... Alhamdulillah
Nenek aku tu seorang yang amat ambil berat tentang makan minum anak cucunya. Dia akan masakkan lauk lauk kegemaran anak cucunya, and dia tak pernah pikir pasal diri dia sendiri even kalau dia sakit, masak makan minum anak cucu dia lah yang selalu dia pikirkan.. dia gagah kan jugak diri tu walaupun di saat dia tengah tak sihat. Banyak kali anak anak dia pesan jangan pikirkan sangat, memasing dah ada keluarga.. tapi sebab hati ibu yang kuat dia tetap gagahkan jugak. Even aku pun selalu cakap dah la nek.. tau la diorang nak makan apa nanti.. nanti kalau jatuh sapa yang susah... but jawapan dia "kau dah ada anak cucu nanti tau la camana rasanya.. risau diorang nak makan apa nanti..." ni yang aku kalah ni.... Setiap minggu aku wajib datang rumah dia, kalau tak akan jadilah drama swasta menangis kata kenapa tak datang... terbayang bayang cicit cicit dia ni... haishh...
Umur nenek dah cecah 83 tahun but still masih mampu memasak, mengemas, sidai baju, lipat baju dan macam macamla yang dia nak buat... kalah orang muda. Marah pun ada kadang kadang sebab degil... tapi bak kata nenek "kesian.. diorang semua keje.. balik keje dah penat..." aduhhh.... kalah lagi aku bila dia bagi jawapan camni...
Awal tahun 2013 nenek masih lagi sihat dan gagah jer buat keje keje rumah.. at one time bulan puasa lepas, tak silap Ramadan ke 3 dia jatuh dalam bilik.. makcik aku telefon aku kata nenek jatuh. Nenek kalau dia sakit pening nak pujuk dia pergi hospital memang ada masalah bila orang lain suruh memang dia taknak pergi... Makcik makcik aku dah paham, tu yang dia telefon aku suruh pujuk nenek pergi Hospital. Pepagi tu aku bergegaslah gi umah nenek.. Tanya dia macamana dia boleh jatuh, katanya terlentang dalam bilik, check belakang kepala dia dah bengkak, tak nak lagi tu pergi hospital... aku cakap nek jom pergi, pujuk pujuk alhamdullillah dia nak. Paklong bawak nenek pergi hospital so admitted la dia kat sana. Syukur takda darah beku or wat so ever. But since then kepala dia yang jatuh tu tak baik baik lagi sakitnya..... Dia tak boleh dah nak berjalan sensorang, kena papah la. Masa sakit tu ada jugak la dia cuba puasa, but kitorang tak bagi sebabkan low blood dia.
Sakit nenek tu berlanjutan sampai la hari raya. So memang this raya kitorang xda la nak open house bagai... Anak Anak dia take turn jaga siang malam. Masuk minggu ke 2 raya, nenek dah sangat uzur. Tapi masih mampu dipapah ke toilet. Since dia memang taknak makan or minum, badan dah lemah, tekanan darah pun dah rendah.
Masuk minggu ke 3 raya, kami sepakat untuk pakai kan nenek pampers sbb dia memang dah tak terdaya berjalan ke toilet. So bila dia dah start pakai pampers, dia nak hanya orang yang dia pilih jer boleh tukarkan pampers or cuci najis dia... Alhamdullillah aku dapat buat semua tu... Nenek akan tunggu aku pagi untuk lap dan tukar cuci pampers dia... Balik keje belah petang pun aku akan datang dan tukarkan pampers dia... Ada dia mintak nak minum tebu panas, sempatla aku pergi beli nasib ada orang jual. Beriya iya dia minum segelas. Puas hati aku...
2 September 2013
Pagi Isnin ni aku datang rumah nenek sbb hantar mak kat sana. Aku beli breakfas makan kat rumah dia, ajak dia makan, dia geleng kepala.. Dia perhati jer aku makan. Before pergi kerja tu, aku buatla rutin tukarkan baju dia, lap kan badan dia cuci dan tukar pampers nenek, ada najis sikit. Selesai jer siap kan dia, aku cakap aku nak pergi keje dah... dia angguk jer... Syukur sebab nenek masih ada response setiap apa yang anak cucu dia cakap.
Pagi Isnin ni aku datang rumah nenek sbb hantar mak kat sana. Aku beli breakfas makan kat rumah dia, ajak dia makan, dia geleng kepala.. Dia perhati jer aku makan. Before pergi kerja tu, aku buatla rutin tukarkan baju dia, lap kan badan dia cuci dan tukar pampers nenek, ada najis sikit. Selesai jer siap kan dia, aku cakap aku nak pergi keje dah... dia angguk jer... Syukur sebab nenek masih ada response setiap apa yang anak cucu dia cakap.
1:45pm
Lunch time aku jemput anak then singgah rumah nenek nak tengok dia, hati dah mula rasa tak sedap sebab nenek macam mengah. Cakap dengan mak, nenek macam semput sikit, dia kata agaknya penat tu... then call adik aku bgtau, dia kata nanti doktor datang rumah check. Lega sikit sebab bila aku cakap ngan nenek yang aku nak pergi kerja kejap.. balik keje singgah balik jumpa nenek... nanti doktor datang check nenek. Dia angguk.
Lunch time aku jemput anak then singgah rumah nenek nak tengok dia, hati dah mula rasa tak sedap sebab nenek macam mengah. Cakap dengan mak, nenek macam semput sikit, dia kata agaknya penat tu... then call adik aku bgtau, dia kata nanti doktor datang rumah check. Lega sikit sebab bila aku cakap ngan nenek yang aku nak pergi kerja kejap.. balik keje singgah balik jumpa nenek... nanti doktor datang check nenek. Dia angguk.
Tepat pukul 5:30 hujan renyai renyai aku sampai rumah nenek, tengok anak anak aku dah nangis nangis, berlari aku masuk tengok dia.. dia dah nazak... nafas dah satu satu, mata dah tak berkelip... mungkin inilah masanya... syukur nenek masih tunggu aku sampai... Sempat aku pegang tangan nenek, mengucap kat telinga dia... Pak Uda lah yang pimpim nenek di saat saat sakratul maut... Alhamdulliah nenek dengar Pak Uda...Tepat jam 5.50 nenek hembuskan nafas terakhir bertemankan anak cucu cicitnya.. Syukur sangat sebab semua anak anak dan cucu cicit ada bersama... Sangat tenang dan senang pemergiannya...
Tepat jam 6:00 petang doctor yang sepatutnya datang untuk periksa nenek datang hanya untuk mengesahkan pemergiannya... Ya allah sungguh mudah urusannya...
Disaat hidupnya hanya memikirkan anak cucu cicit.. begitulah saat akhirnya anak cucu cicit dapat bersama sama dan bermalam dengan jenazah sehingga dikebumikan esok pagi nya...
Semoga nenek aman di sana dan ditempatkan dengan orang orang beriman.... Al fatihah
~ Rindu sangat dengan nenek selamanya ~
~ Rindu sangat dengan nenek selamanya ~