kejap jer anak aku dah 7 bulan... so 2 bulan lepas dah start bagi dia makan.. so this time target homemade food for Deara.. anak anak panggil makanan kasih sayang from mama...
bergiat la aku beli labu, keledek untuk buat stock puree, so nanti senang la mak nak bagi makan tinggal panaskan jer....
mula mula kita buang kulit then basuh labu ngan keledek tu... lepas tu potong kiub kiub mcm ni then taruk air sikit untuk kita rebus.
kejap jer rebus, rasanya dalam 10 - 15 minit jer kot.. lepas tu kita boleh blend, masukkan sekali air rebusan tu so that vitamin dia sumer masih terpelihara.. cewah! But remember if for carrot air rebusan dia kita tak boleh nak blend sekali sbb dia ada nitrat yang merbahaya for baby.
nilah dia keledek yang dah di blend... smooth giler dan sedappp
yang ni labu... tapi keledek lagi sedap aku rasa.. and Deara pun paling suka keledek.
then aku masukkan dalam bekas kecik kecik camni.. so aku letakkan dalam 2 sudu besar each..
lepas tu kita sejuk bekukan dalam freezer... tiap tiap hari aku akan hantar 2 bekas for lunch and dinner. bila time nak bagi makan tu just rendamkan jer bekas tu dalam air panas... selesai!
Deara makan ni since dia 5 months sampai 6 months. Sekarang ni Deara dah start makan nasik+carrot+buah kurma... nanti aku share resepi dia...
No comments:
Post a Comment