it's been a while...
miss you much!!
Voting
Wednesday, August 16, 2017
Friday, January 10, 2014
Dedicated Specially to Nenek
Lama sangat aku menyepi, this time, i just want to share my last moment with nenek... and until now sangat kekok aku nak sebut 'arwah' nenek..
Aku dari kecik memang manja yang terlampau ngan nenek, al maklum cucu perempuan pertama. Masa kecik aku memang selalu sangat tido dengan dia, sampai kekadang marah mak ngan ayah sbb jarang balik rumah. Manja aku tu berlanjutan sampailah aku kawin. And ingat lagi sambil sambil nak tido tu kitorang berborak, dia kata dapat tengok aku kawin pun jadilah.. and sampai cicit dia dapat jumpa... Alhamdulillah
Nenek aku tu seorang yang amat ambil berat tentang makan minum anak cucunya. Dia akan masakkan lauk lauk kegemaran anak cucunya, and dia tak pernah pikir pasal diri dia sendiri even kalau dia sakit, masak makan minum anak cucu dia lah yang selalu dia pikirkan.. dia gagah kan jugak diri tu walaupun di saat dia tengah tak sihat. Banyak kali anak anak dia pesan jangan pikirkan sangat, memasing dah ada keluarga.. tapi sebab hati ibu yang kuat dia tetap gagahkan jugak. Even aku pun selalu cakap dah la nek.. tau la diorang nak makan apa nanti.. nanti kalau jatuh sapa yang susah... but jawapan dia "kau dah ada anak cucu nanti tau la camana rasanya.. risau diorang nak makan apa nanti..." ni yang aku kalah ni.... Setiap minggu aku wajib datang rumah dia, kalau tak akan jadilah drama swasta menangis kata kenapa tak datang... terbayang bayang cicit cicit dia ni... haishh...
Umur nenek dah cecah 83 tahun but still masih mampu memasak, mengemas, sidai baju, lipat baju dan macam macamla yang dia nak buat... kalah orang muda. Marah pun ada kadang kadang sebab degil... tapi bak kata nenek "kesian.. diorang semua keje.. balik keje dah penat..." aduhhh.... kalah lagi aku bila dia bagi jawapan camni...
Awal tahun 2013 nenek masih lagi sihat dan gagah jer buat keje keje rumah.. at one time bulan puasa lepas, tak silap Ramadan ke 3 dia jatuh dalam bilik.. makcik aku telefon aku kata nenek jatuh. Nenek kalau dia sakit pening nak pujuk dia pergi hospital memang ada masalah bila orang lain suruh memang dia taknak pergi... Makcik makcik aku dah paham, tu yang dia telefon aku suruh pujuk nenek pergi Hospital. Pepagi tu aku bergegaslah gi umah nenek.. Tanya dia macamana dia boleh jatuh, katanya terlentang dalam bilik, check belakang kepala dia dah bengkak, tak nak lagi tu pergi hospital... aku cakap nek jom pergi, pujuk pujuk alhamdullillah dia nak. Paklong bawak nenek pergi hospital so admitted la dia kat sana. Syukur takda darah beku or wat so ever. But since then kepala dia yang jatuh tu tak baik baik lagi sakitnya..... Dia tak boleh dah nak berjalan sensorang, kena papah la. Masa sakit tu ada jugak la dia cuba puasa, but kitorang tak bagi sebabkan low blood dia.
Sakit nenek tu berlanjutan sampai la hari raya. So memang this raya kitorang xda la nak open house bagai... Anak Anak dia take turn jaga siang malam. Masuk minggu ke 2 raya, nenek dah sangat uzur. Tapi masih mampu dipapah ke toilet. Since dia memang taknak makan or minum, badan dah lemah, tekanan darah pun dah rendah.
Masuk minggu ke 3 raya, kami sepakat untuk pakai kan nenek pampers sbb dia memang dah tak terdaya berjalan ke toilet. So bila dia dah start pakai pampers, dia nak hanya orang yang dia pilih jer boleh tukarkan pampers or cuci najis dia... Alhamdullillah aku dapat buat semua tu... Nenek akan tunggu aku pagi untuk lap dan tukar cuci pampers dia... Balik keje belah petang pun aku akan datang dan tukarkan pampers dia... Ada dia mintak nak minum tebu panas, sempatla aku pergi beli nasib ada orang jual. Beriya iya dia minum segelas. Puas hati aku...
2 September 2013
Pagi Isnin ni aku datang rumah nenek sbb hantar mak kat sana. Aku beli breakfas makan kat rumah dia, ajak dia makan, dia geleng kepala.. Dia perhati jer aku makan. Before pergi kerja tu, aku buatla rutin tukarkan baju dia, lap kan badan dia cuci dan tukar pampers nenek, ada najis sikit. Selesai jer siap kan dia, aku cakap aku nak pergi keje dah... dia angguk jer... Syukur sebab nenek masih ada response setiap apa yang anak cucu dia cakap.

1:45pm
Lunch time aku jemput anak then singgah rumah nenek nak tengok dia, hati dah mula rasa tak sedap sebab nenek macam mengah. Cakap dengan mak, nenek macam semput sikit, dia kata agaknya penat tu... then call adik aku bgtau, dia kata nanti doktor datang rumah check. Lega sikit sebab bila aku cakap ngan nenek yang aku nak pergi kerja kejap.. balik keje singgah balik jumpa nenek... nanti doktor datang check nenek. Dia angguk.

Tepat pukul 5:30 hujan renyai renyai aku sampai rumah nenek, tengok anak anak aku dah nangis nangis, berlari aku masuk tengok dia.. dia dah nazak... nafas dah satu satu, mata dah tak berkelip... mungkin inilah masanya... syukur nenek masih tunggu aku sampai... Sempat aku pegang tangan nenek, mengucap kat telinga dia... Pak Uda lah yang pimpim nenek di saat saat sakratul maut... Alhamdulliah nenek dengar Pak Uda...Tepat jam 5.50 nenek hembuskan nafas terakhir bertemankan anak cucu cicitnya.. Syukur sangat sebab semua anak anak dan cucu cicit ada bersama... Sangat tenang dan senang pemergiannya...
Tepat jam 6:00 petang doctor yang sepatutnya datang untuk periksa nenek datang hanya untuk mengesahkan pemergiannya... Ya allah sungguh mudah urusannya...
Disaat hidupnya hanya memikirkan anak cucu cicit.. begitulah saat akhirnya anak cucu cicit dapat bersama sama dan bermalam dengan jenazah sehingga dikebumikan esok pagi nya...
Semoga nenek aman di sana dan ditempatkan dengan orang orang beriman.... Al fatihah
~ Rindu sangat dengan nenek selamanya ~
~ Rindu sangat dengan nenek selamanya ~
Wednesday, June 26, 2013
takda tajuk
Lama betul aku menyepi... nak kata sibuk, tapi entah apa yang aku sibukkan pun tak tau... Tapi memangla takda masa nak hapdet apa dah jadi dan terjadi.
Since then, Deara dah masuk 14+months sekarang. Macam macam ragam dah dia tunjuk since dia pun dah pandai jalan and dah pandai cakap sikit sikit like mama, papa, kakak, adik, baby, makan nasik, lapar, susu, sakit, jatuh... which all the basics words dia dah pandai sebut dengan terang. Alhamdullillah.. Cepat cakap minah kecik ni... dan kadang kadang dengan selamba panggil kakak dia Dina saja, and the 2nd sister dia panggil adik... adoiiii.. truly follow what ever mama papa panggil la... cepat betul dia simpan and keluarkan.... and alhamdullillah, im still bf her.
And after she is 1 year me baru dah jadi perempuan sejati balik 'red flag'... wah dah boleh dah nak plan tambah lagi ni... hahaha *modeseramsejuk*
Sekarang ni, nampak dah Dalea and Deara selalu jer carik pasal.. rebut barang.. esp ipad. when ever dalea main ipad, deara tetiba akan pergi kat kakak dia nak rampas ipad... Dalea pun sekarang suka jer nak carik kemarahan deara.. and tetiba aku akan dengar deara akan menangis jer la. Jangan ingat anak perempuan kat rumah tu aman damai yer.. boleh naik darah tau tak! asik berebut barang jerr... padahal ada jer sorang satu... ni tak sorang kata dia pegang dulu, sorang kata dia punya, sorang kata nak pinjam kejap.. last last korang gaduhla.. mama buat pekak taknak masuk campur.. Pening mama ni tau! *notcomplaining*
Enjoy while they are still with you... nanti bila masing masing dah besar.. we will miss all this moment kan! *pipi bergetar tahan airmata*
Friday, January 25, 2013
My big Baby is in Primary School
Pepagi memang bersilat papa mama, nak settlekan minum pagi, bekal, bubur deara, angkut beg sekolah anak-anak, kang kalau papa x angkut, confirm tertinggal.. Which diorg boleh jer masuk keta berlenggang, ko boleh??... So, papa nak mengelakkan mama meroyan pepagi, dia sanggup settlekan anak anak... Dalam keta, mama bagi deara BF.. kenyang dia sampai rumah nenek...
This year both sama sekolah, so senangla, hantar diorang then hantar baby deara rumah nenek dia... Seawal 7.30, semua dah settle.. So lepast tu, time papa mama dating for breakfast! Quality time for us...
![]() |
| briefing masa pendaftaran |
![]() |
| banyak nyer buku.. |
Oklah, that is all about anak and school, walaupun dah basi.. tapi still not too late la, sbb masih bulan 1 lagi... kihkihkih.
ciao!
Thursday, November 22, 2012
Coach Ashley Carryall yang Gorgeous
ada sesapa berminat nak beli ni tak.. 100% Authentic... Baru dan tak pernah pakai lagi... kalau nak pm aii ok... mizi_mai@yahoo.com
Friday, November 16, 2012
make over lagii..
last week adalah sesi make over my friend... sebenarnya adalah untuk online business dia... so just make up light light saja... shawl shawl dia sangat sweet.. so sesapa yang nak beli sila la like piecesbylinas kat pesbuk tu.. ha.. aii promote ni laling... :p
![]() |
| ni gambar dia sebelum di make up kan... sorry laling .. ai promote |
![]() |
| ayu jerrr... |
![]() |
| cantikk nyer tudung yang ni... telah diberi sebagai hadiah... love you! |
Tuesday, November 6, 2012
Stock Puree for My Baby
kejap jer anak aku dah 7 bulan... so 2 bulan lepas dah start bagi dia makan.. so this time target homemade food for Deara.. anak anak panggil makanan kasih sayang from mama...
bergiat la aku beli labu, keledek untuk buat stock puree, so nanti senang la mak nak bagi makan tinggal panaskan jer....
mula mula kita buang kulit then basuh labu ngan keledek tu... lepas tu potong kiub kiub mcm ni then taruk air sikit untuk kita rebus.
kejap jer rebus, rasanya dalam 10 - 15 minit jer kot.. lepas tu kita boleh blend, masukkan sekali air rebusan tu so that vitamin dia sumer masih terpelihara.. cewah! But remember if for carrot air rebusan dia kita tak boleh nak blend sekali sbb dia ada nitrat yang merbahaya for baby.
nilah dia keledek yang dah di blend... smooth giler dan sedappp
yang ni labu... tapi keledek lagi sedap aku rasa.. and Deara pun paling suka keledek.
then aku masukkan dalam bekas kecik kecik camni.. so aku letakkan dalam 2 sudu besar each..
lepas tu kita sejuk bekukan dalam freezer... tiap tiap hari aku akan hantar 2 bekas for lunch and dinner. bila time nak bagi makan tu just rendamkan jer bekas tu dalam air panas... selesai!
Deara makan ni since dia 5 months sampai 6 months. Sekarang ni Deara dah start makan nasik+carrot+buah kurma... nanti aku share resepi dia...

Tuesday, September 11, 2012
Takda Alasan
Aku kan paling benci kita ni dok la beratur nak beli atau bayar barang kat kaunter tetiba ada sekor dua yang tetiba berdiri jer kat kaunter tu... takpa takpa ko tunggu aku sampai kat depan tu.
Kes 1:
Nyonya: Sorry ah, saya mau bili satu barang saja...
Aku : Anty, kena beratur la anty, saya barang pun satu ma.. (padahal belakang aku bukan ada orang pun)
Nyonya: Sikijap sikijap satu barang saja...
aku memang dah berbulu tahap gaban dah ni... nasib baik dia dah tua.. nak pulak anak anak ada sekali. Aku pantang bila anak anak ada orang tunjuk perangai tak senonoh ni... Puasla kita ajar anak bila nak beli barang, naik kereta kena beratur tapi bila orang tunjuk contoh camtu aku hangin la kan...
TAPI paling aku geram, lepas bayar aku nampak dia berlari pegi kedai makan kat depan tu.. Ceh, ingat ada benda urgent sangatla ko nak sampai potong line.. rupanya dia nak gi mencekik! Bikin panas jerrr!
Kes 2:
Beratur nak beli eskrim mcd.. 2 ketul jer for Dina & Dalea. Depan aku ada orang la, time tu dah nampak dah mamat ni berdiri jer kat kaunter depan tu dukung anak dia... time tu aku dah jeling jeling dah dia ni... tapi dia buat bodoh jer macam tak bersalah...
tetiba sampai turn aku kat kaunter:
Mamat Bodoh: Sorry ah, saya beli satu saja
Aku: Beratur la.. saya pun beli 2 jer
Mamat Bodoh: Dik, bagi saya choco top 1
Aku: Dik, apa ni, akak beratur tau...
Budak McD: kejap ye kak... akak nak apa?
Aku: Akak nak choco top 1, Oreo 1
Budak McD tu buat kan untuk Mamat tu sama aku punya, Mamat tu pun bayar untuk satu Choco Top.
Eh, tetiba yang aku punya choco top tu pun dia ingat dia punya apahal, siap pegang lagi, padahal ko bayar satu jer kan... aku pandang dia jeling, itu saya punya la.. u kan beli satu. Aku kan macam nak jer sekolah kan dia kat situ, dah lah dukung anak, tunjuklah contoh sikit...
Aku: Dik, tukar akak punya eskrim lain, sebab mamat tu dah pegang eskrim akak tu... tangan kiri lak tu geli la
Nasib baik budak McD ni baik hati tukarkan..(agaknya bukan nak baik hati sangat kot, dia tak sanggup nak layan aku meroyan kat situ tu... kakakakak)...
Memang bikin panaslah situasi camni... korang feel tak apa yang aku rasa.... giler tak suka aku ada mangkuk mangkuk canggini. Tapi tulah sepanjang pengalaman aku selalunya bangsa ni jer lah yang suka buat cenggini. Haihhhh!
ciao..

Thursday, August 30, 2012
Open House sana sini
Sekejap jer dah 12 syawal.. so tak terlambat iolls nak wish Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin to uollss...
And for sure during Syawal ni, most of ladies risau pasal put on weight, same goes to me... giler risau tapi giler giler pun sedap jer aku sumbat sumer yang orang hidang... Bila rasa tahan nafas sambil jalan tu dah tak boleh nak sorok lelemak tu.. diet la balik kan... hahaha boleh?
Tahun ni best giler sbb for so long tak pernah mengacau dodol, kitorang adik beradik, sepupu sapapat pakat kacau dodol kat umah nenek.. aku takat nyibuk nyibuk kacau tu boleh la... Paling best tahun ni raya with my family first, adik beradik pun sumer ada tahun ni... lepas salam salam pagi tu pergi rumah nenek before shoot to Melaka for my dad side. Sempat jugaklah iolls and families pergi rumah my MIL yang hanya sepelaung jauhnyer... Sabar ye mak mertua ku... Second raya baru anak mak balik yer mak... :P
For the one week cuti raya tu, rumah my mom kena hijack with family members, then rumah pakcik makcik kitorang hijack, then rumah aku diorang hijack! Giler nerbes nak bagi makan apa... senang cerita my darling kata kita ordar saja.. so senang hati aku! kita odar nasik beriani gam....
| umah my mom.. yang duduk atas kerusi my nenda tercinta. |
| baca tahlil sket... |
| nasik mak tu nasik hujan panas.. tapi ayah kata nasik hujan petir sbb dah terlebih sudah karer merah... |
| sumer nak makan kat bawah so mak kata bentang sapra jer la... |
| rombongan cik kiah ke rumah iollss... |
| shi buyat with my mom kat pintu.. |
| my kiddos and the cousins.. sedap jer kan |
| petai tu special for my dad.. makan nasik beriani ngan petai... boleh? |
| amboihh.. meriah! |
| baca tahlil sket kat umah iolls |
| pak lang lead the prayers... aminnn |
| maklong and menantunyer |
| abaikan tuan rumah yang dah sotaii... padahal odar jer pun |
| nenda ku sayang.. |
lepas ni nak hijack umah pak wan kat cheras...
ciao
Thursday, August 9, 2012
20 Ramadhan
Alhamdullillah... masih lagi mampu berpuasa tanpa cuti... harapnya tahun ni dapat penuh.
Pada saat ni pun masih belum sempat buat persediaan raya for all of us except si shobot, dia punya cuma nak tambah tambah jer... why so late pun x tau kenapa.
This week mesti kena settle gak, if not next week gonna be like hell kelam kabut. This week pun sure haru biru gak ni sbb nak merengkohkan budak 2 orang yang berpuasa tu sama si shobot tu sekali... adeiiihhh bab ni yang selalu buat tertunda tunda tu.
Tahun ni pun x pegi lagi bukak puasa kat mana mana buffet spread lagi.. sebabnya time megrib tu la selalunya Deara akan cranky nak tido... so lebih selesa kat rumah jer bukak puasa.
nak gak tulis homemade tu... kakakaka... orang yang jarang masak memang poyo bila sesekali masuk dapur... tapi pedulik apa... ;)
ciao!
Pada saat ni pun masih belum sempat buat persediaan raya for all of us except si shobot, dia punya cuma nak tambah tambah jer... why so late pun x tau kenapa.
This week mesti kena settle gak, if not next week gonna be like hell kelam kabut. This week pun sure haru biru gak ni sbb nak merengkohkan budak 2 orang yang berpuasa tu sama si shobot tu sekali... adeiiihhh bab ni yang selalu buat tertunda tunda tu.
![]() |
| gambar takda kena mengena... homemade choc moist for my darling birthday |
![]() |
| homemade salmon grill with vege and white sauce during my darl birthday |
ciao!
Friday, August 3, 2012
patut laa..
IFTAR Officemate
semalam ada majlis iftar with officemate, nasib baik tak jauh sbb my shobot x sihat... so tak boleh nak bawak dia sekali, so kena tinggallah dia ngan nenek.. Both kakak dia dah nangis suruh bawak jugak, tapi memang semalam dia meragam.. menangis tak henti, tido tak nak cenen tak nak, sudahnya bawak masuk bilik baring sesama ngan dia tepuk tepuk... lelap. hati nak pegi berbuka pun dah tak sedap sbb dia dah nangis...
so semalam bukak puasa kat Wadi Ar-Raudhah kat Seremban. Price dia RM27 for adult, Rm15 for kids. Menu dia tak la banyak.. memadai untuk santai santai makan macam kat rumah... Part of it dia ada lamb bbq, lauk lauk kampung, kuih kuih... tapi paling terbaik masak lemak daging kawah dia.. fuh leleh peluh. pedass!!
sibuk sangat bergathering so tak banyak nak snap pictures...
ciao!
p/s esok birthday my darl.. urrmmmm.. apa nak buat tak pikir lagiii...

| the two herissa's |
| curik gambar meja sebelah... |
p/s esok birthday my darl.. urrmmmm.. apa nak buat tak pikir lagiii...
Wednesday, August 1, 2012
Pavlova vavavoom
sana sini asik jerlah tengok orang upload pavlova, pavlova, pavlova
tak nak ketinggalan kan, nak beli pun x jumpa kat kedai so surf surf carik resepi, tengok youtube. so malam tadi nekad la nak buat gak sbb next week nak start diet... boleh?
tadaaa...
sedappp i tell u... malam tadi gak licin kena belasah ngan my darl ngan anak anak... manis, rangup and chewy, tapi bila dah makan ngan whip cream sama fruits tu.. syahdu! layannnn....
aku sharelah resepi dia ye:
4 biji putih telur
1 cawan castor sugar
1 sk cuka masak
1 sk tepung jagung
1 sk esen vanila (aku tak letak sbb ada aku baca kalau letak nanti pavlova tu jadi kaler kekuningan)
whip cream + 1 sb (ikut suka la nak berapa banyak for topping, aku buat less sugar)
cara caranya:

- pukul putih telur tu sampai berbuih, lepas tu taruk gula tu sikit sikit.. guna hand mixer tu sampai likat putih and halus
- then masukkan cuka ngan tepung jagung tu.. blend lagi sampai kembang.. lebih kurang 30minit kot
- lepas tu alas bake pan ngan kertas minyak, taruk jer guna senduk kat atas tu bentukkan bulat.. tak yah cecantik pun takpa...
- bakar selama 1hr30mins ngan temperature 125 celcius
- sesambil tu bolehlah pukul whip cream sama gula (1 sudu besar) sampai likat - rasalah kot nak manis campur gula lagi
- bila pavlova tu dah masak, biarkan sejuk sikit then tuangkan whip cream tu.. lepas tu taburlah buah buah yang masam so dia balance la ngan pavlova yang dah manis tu...
sangat nyamannnnnnn... tapi sangat tak sesuai untuk pesakit kencing manis ye!
ciao!
Friday, July 27, 2012
Dalea Sports Day
15.7.2012 haritu both my dotter sports day... so kena bagi bagi with my darl to take care Dina and me and Deara will go to Dalea... Since Dalea rapat sangat ngan Nek Ma dia, so aku ajak sekali nak tengok Dalea jadi leader for the percussion performance.. tiap tiap hari 1 2 1 2 1 2 3 shakeee... 1 2 1 2 1 2 3 shake.. mama and papa pun dah kena sama berlatih ngan dia...
we are so proud of her that dia boleh jadi leader. Dia ni satu lah selalu teacher memang bagi very good remark pasal dia.. very focus and committed.. definitely not my attitude la tu sbb focus tu mmg kurang lah aku ni... tapi committed tu sesikit kot.... kakakaka definitely papa punya committed attitude..
kakak dina katanya masuk lompat berhalangan, sampai naik lebam praktis haritu, tapi puas papa dia tunggu kat padang tapi last last kakak kata cikgu main pilih jer kat padang sapa ambik bahagian, punyalah marah kakak haritu.... dia kata baik tak payah praktis haritu..sabar eh kak, cikgu ni kekadang agak agakla kan.. frust anak murid. nanti diorang tak nak datang latihan lagi nanti sbb cikgu main pilih time kat padang.. sian baby mama ni kan... is ok sayang, next year masuk lagi ye... dont get demotivated pasal ni ok!
so pepagi memunggahlah semua, kul 7:30 dah kuar umah sbb sports start kul 8:00 pagi, dengan baby Deara sekali terlibat... heheh shiaan ia tu!

| si petite mama |
| tengah praktis with her music teacher |
| si shobot kena kejut pegi sukan kakak |
| Ikrar Smart Reader by Dalea Herissa |
| abaikan la... mama kena paksa poyo poco |
| nyanyi nyanyi by all 3 smart reader, komersial, seroja and thivy |
| disebabkan kurang tinggi, Dalea kena diri atas kerusi |
| masa ni dia kata jantung dia laju dah.. hahaha |
| shake!!!! |
| shake.... tah nape aku lak suka bab dia sebut ni |
| tu semua 6 years.. my dotter is so petite... |
| standby... |
| bawak bola ngan benda tu... |
| congrats baby! |
| she shobot dah mula bosan ni... |
| i love you herissa's |
ciao!
Subscribe to:
Posts (Atom)